Chapter Review on "Pemikiran sebagai Asas Etika dan Nilai-nilai Moral

Apakah ETIKA?
Etika merupakan suatu set peraturan yang fokus pada tingkah laku kami dalam kehidupan.


Konsep dan pembahagian etika terdiri daripada 3, iaitu:
1. sistem kepercayaan yang berdasarkan moral dan diterima untuk mengawal tingkah laku manusia

2. kajian tentang apa yang betul dan salah dari sudut moral
3. panduan tingkah laku baik dan buruk.

Perkataan Etika berpunca daripada bahasa Greek "ethos" dan bahasa Latin "mores". Mores bermaksud moral, dan kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu perangai.

Dari perspektif falsafah, etika merupakan falsafah moral yang menentukan tingkah laku yang baik dan yang buruk.

Etika dibahagi kepada tiga cabang, iaitu Etika Meta, Etika Normatif dan Etika Gunaan.

1. Etika Meta (Meta Ethics)
Etika Meta membincangkan "di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar".Etika Meta merangkumi persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan, keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Etika Meta tidak dapat dilihat oleh mata kasar. 


Addin merupakan sistem hidup seluruh aspek dan daerah kehidupan dan merupakan cara hidup yang sempurna.


Salah satu contoh etika META adalah etika agama. Contohnya agama Islam yang mempunyai kerangka matlamat penciptaan manusia dan menekankan peranan wajib Muslim seperti tanggungjawab sebagai hamba Allah, sebagai khalifah Allah dan tanggungjawab dakwah.


2. Etika Normatif (Normative Ethics)
Etika Normatif berasaskan rasional dan perakulan akal. Ia merupakan suatu kritikan penilaian etika moral yang mencadangkan suatu STANDARD untuk semua.

Contohnya: 
melayani orang lain dengan baik sebagaimana nak orang lain layan mu dengan baik
berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat

Namun, standard etika normatif tidak semestinya tepat kerana setiap orang mempunyai rasional dan akal yang berbeza. Tidak setiap orang mengikuti etika normatif bahawa "orang lain akan berbuat baik pada mu kalau anda berbaik dengan dia", sistem kepercayaan itu tidak ada pada individu tersebut, maka dia tidak akan berbuat baik kepada orang lain.

Terdapat 2 teori di bawah Etika Normatif,
iaitu Teori Deontologikal dan Teori Teleologikal.

Teori Deontologikal menilai baik-buruk berdasarkan tindakan. 
Oleh itu, perbuatan yang asasnya baik diterima sebagai baik tanpa kajian lanjut.
Contohnya, menolong adalah baik, oleh itu, menolong mencuri itu perbuatan yang baik. Yang penting, tindakan itu menolong merupakan etika yang baik.


Saya tidak bersetuju dengan penggunaan teori deontologikal kerana kami tidak boleh menetapkan standard bahawa sesuatu tindakan yang baik membawa kepada kesan yang baik, contoh yang ketara telah diberikan, iaitu menolong mencuri itu tindakan yang buruk dan jahat, walaupun tindakan untuk menolong itu tindakan yang baik, tapi kesan tindakan menoong MENCURI itu memudaratkan orang lain. Justeru, sesuatu tindakan mesti dinilai bersama dengan kesannya sebelum kita boleh merumuskan sama ada seseorang itu beretika ataupun tidak. 

Teori Teleologikal pula menilai berdasarkan kesan tindakan. Hasil, kesan dan akibat merupakan ukuran sejauhmana kebaikan atau keburukan etika seseorang.
Contohnya, vigilant yang mencuri harta orang kaya dan memberikan harta yang dicuri itu kepada orang miskin dianggap telah melakukan sesuatu yang "heroic". Perbuatan dia dianggap etika yang baik.

Manakala seseorang yang membantu orang buta melintas jalan pada akhirnya terlibat dalam kemalangan jalan raya dianggap beretika buruk kerana perbuatan menolong pada asalnya baik berakhir dengan akibat yang buruk kerana orang buta tersebut dilanggar kereta.
Namun, haruskah kami menilai etika berdasarkan kesan sahaja?


Dalam kes pertama, mengagihkan kekayaan kepada orang miskin memang baik, tetapi perbuatan mencuri tersebut melanggar undang-undang dan mendatangkan bahaya kepada orang yang mencuri tersebut. 

Dalam kes kedua pula, seseorang itu pada asalnya berniat baik untuk menolong, cuma malang tidak berbau, dia kemalangan, adakah dia harus dipersalahkan kerana menyebabkan orang yang ditolong tersebut kemalangan? Apakah perbuatan dan niat baik yang dia nak tolong itu tidak diambilkira lagi dan umum hanya melihat dia sebagai penyebab kemalangan orang buta? 
Adakah penilaian tersebut adil untuk orang yang berniat baik menolong tersebut?

Oleh itu, etika harus dinilai berdasarkan baik dan buruk tindakan bersama kesan, dan bukannya hanya mengambil kira satu aspek sahaja.

3. Etika Gunaan (Applied Ethics)
Etika Gunaan membincangkan terntang isu khusus dalam kehidupan seharian.
Terdapat 3 aliran etika gunaan, iaitu Utilitarianisme, Hedonisme dan Eksistensialisme.

Utilitarianisme
Utility bermaksud guna.
Ia mementingkan kebaikan majoriti.
Keputusan bergantung kepada hasil untuk meningkatkan kegembiraan, dan kebahagiaan.
Ukuran Utiliti menggunakan Kalkulus Hedonistik, tujuh elemen yang diambil kira adalah kedalaman
kelamaan
kepastian
kesegeraan
kesedaran
keberkesanan
had
 Utilitarianisme ini amat berguna dalam proses membuat keputusan kesana keputusan yang dibuat harus memaksimakan kepuasan yang sebanyak mungkin, daripada hanya dapat memaksimakan kepuasan bilangan yang kecil. Namun, kepentingan minoriti tidak harus diabaikan, walaupun tidak dapat memuaskan semua pihak, tetapi janganlah membuat minoriti berasa tidak adail atau berasa negatif.

Hedonisme
Matlamat hedonisme adalah untuk memaximakan kelazatan hidup.
Ukuran baik buruk adalah berdasarkan kenikmatan
dan piawarnya adalah nafsu.
Hedonisme merupakan suatu cara hidup yang tidak sihat, kerana seseorang itu hanya mementingkan kesenangan hidup sahaja tanpa mengambil kira kepentingan kesan perbuatannya terhadap orang lain. 

Jika seseorang ahli kumpulan mengamalkan Hedonisme dan tidak membuat apa-apa kerja, dan hanya menikmati hasil daripada ahli kumpulannya sahaja, adakah adil bagi ahli kumpulannyayang bertungkus lumus membuat kerja? 
Padahal ahli yang hedonis tersebut goyang kaki sayanja.

Budaya heonisme turut mencemar negara kami. Generasi muda kini hanya menikmati kesenangan yang didapatkan melalui kesusahan generasi dulu dan inginkan lebih banyak kesenangan lagi, kehedak terhadap kesenangan terus menambah tanpa rasa puas hati.  
Malah, golongan Hedonis ini  tidak manaruh sebarang usaha dalam membuat sesuatu.
Adalah kritikal untuk setiap orang sedar bahawa kesenangan akan datang selepas kesusahan, oleh itu, mengambillah masalah sebagai suatu peluang untuk mencapai kejayaan,
Jangan hanya inginkan kesenangan sahaja.
Reseki itu datang daripada usaha sendiri.

Hedonisme turut menghasilkan sikap individualistik dan egoistik.


Eksistensialisme
Menurut Eksistensialisme, kebebasan menentukan tindakan.  
Jean Paul Satre mengatakan bahawa peraturan yang perlu dipatuhi menjejaskan kebebasan, 
oleh itu, perlu ada kebebasan untuk menentukan tindakan dan sebagai pertimbang moral. Kebebasan membuat pilihan berdasarkan sumber asal dari segi jasmani, kehendak, dan moral.
Namun, kebebasan haruslah pada tahap yang mencukupi sahaja, tidaklah terlalu skit dan tidak terlalu banyak.

Misalnya, kebebasan bersuara yang terlalu banyak akan membolehkan orang yang tidak berniat baik menwujudkan kontroversi dan ketidaksefahaman kaum.
Kebebasan bersuara yang terlalu sikit pula menyebabkan rasa terkongkong dan rasa ketidakadilan.

Antara kepentingan etka adalah: 
- menjamin keharmonian hidup
- menawarkan kerangka, prosedur, dan sebagai pertimbangan moral
- menyediakan asas pengenalpastian isu, kumpul maklumat, tentukan hujah, cerakin pilihan dan membantu dalam proses membuat keputusan.
- kekuatan agama
- budaya murni

Konklusinya, etika adalah amat pentig dalam kehidupan kami kerana etika membantu kami menentukan betul dan salah sesuatu tindakan. Oleh itu, manusia akan memantau sama ada tindakannya beretika atau tidak supaya kepentingan bersama dijaga.

Comments

Popular posts from this blog

Brahma Palace